Search This Blog

Wednesday, March 24, 2010

SARAPAN DI DReaM MART


Sarapan adalah salah satu sumber makanan harian kita yang dianggap sebagai membantu memulakan hari anda sama seperti pemandu kereta lumba yang terlebih dahulu memanaskan enjin semasa berada di garisan permulaan.

Mungkin setengah daripada kita tidak memerlukan sarapan dengan alasan, jarang makan tengahari. Jadi tentunya tidak salah sekiranya tidak bersarapan.

Sebenarnya ada perkara yang anda tidak tahu, iaitu dengan bersarapan dapat membantu memastikan anda mengambil pemakanan khasiat harian anda dengan secukupnya.

Sehubungan itu sarapan merupakan makanan paling penting dalam hidup seorang manusia setiap hari dan tidak patut diabaikan.

Menurut Mary Easaw-John, penyelidikan mendapati kanak-kanak yang mengambil sarapan berkhasiat dapat memberi lebih tumpuan dan ini membantu mereka meningkatkan prestasi di sekolah.

Fenomena remaja kita hari ini yang tidak bersarapan pagi ke sekolah dianggap perkara biasa. Mereka akan berasa tidak selesa apabila bersarapan pagi. Sebenarnya, sarapan pagi tidak perlu terlalu berat, cukup sekadar segelas susu, sekeping roti atau sedikit bijirin.

Otak atau minda sangat memerlukan sarapan pagi bagi merangsang pemikiran ke arah pembelajaran yang lebih cemerlang di sekolah. Sarapan pagi dikatakan dapat mencergaskan minda jika dijadikan sebagai rutin harian yang penting untuk kehidupan yang lebih berkualiti.

Pakar pemakanan sependapat bahawa mengambil sarapan adalah sumber pertama untuk memulakan kehidupan seharian, sekali gus mencergaskan minda. Kajian terbaru menunjukkan orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan yang lebih baik.

Pemilihan sarapan terutamanya yang kaya dengan karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.

Malangnya, ramai yang meninggalkan sarapan dengan alasan tiada selera makan pada waktu pagi atau tidak sempat kerana bangun lambat. Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, ada baiknya anda terus membaca untuk mengetahui rahsia di sebalik hidangan ringkas yang dipanggil sarapan.
Ada saintis yang menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak – lebih cergas, peka dan fokus.

Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau di tempat kerja; walaupun hanya mengambil sarapan sekeping roti dan secawan kopi.

Karbohidrat yang diambil pada waktu pagi akan merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya, vitamin B yang diperkaya dalam roti dan bijirin sarapan dikenal pasti mampu memberikan kesan positif kepada fungsi otak.

Kesan lebih ketara dalam kalangan kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan yang kaya dengan karbohidrat kompleks ialah mereka boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan baik. Justeru, tidak hairan jika pengusaha roti dan bijirin berlumba-lumba menghasilkan produk yang diperkaya dengan pelbagai khasiat dan vitamin.


PEMAKANAN BERASASKAN DIET SEIMBANG

Corak pemakanan juga dapat membantu kita menghindarkan diri daripada stres. Di samping untuk mendapatkan kesihatan yang baik dan memastikan agar tahap mental dan badan kita sentiasa sihat, amalkan diet atau pemakanan yang seimbang dan berkesan.

Sumber makanan boleh di dapati daripada enam kumpulan iaitu vitamin, tenaga, karbohidrat, protein, lemak dan zat besi. Kumpulan makanan ini dikenali sebagai piramid makanan seperti roti dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran, daging, barangan hasil tenusu, lemak dan gula-gula.





KENAPA KITA PERLU MENGAMBIL DIET SEIMBANG

Makanan yang mengandungi diet seimbang membekalkan nutrien dan tenaga yang diperlukan badan bagi membantu mengatasi stress.

Oleh itu, anda telah tahu bersarapan adalah sangat penting jadi kami telah menawarkan pelbagai jenis makanan di Retail Simulation Store (RSS) iaitu:

Nasi Lemak Daun Pisang
Kuih Keria & Karipap
Sandwich
Roti Bakar
Bihun Goreng


Kami menawar pelbagai jenis sarapan kerana setiap pelajar mempunyai citarasa yang berbeza. Jadi kami sebagai peruncit yang peka harus sentiasa memenuhi keperluan dan permintaan pengguna.

Pengguna yang biasa mengambil makanan yang berkarbohidrat boleh mengambil nasi lemak atau bihun goreng. Bagi pengguna yang biasa mengambil makanan yang ringgan sebagai sarapan boleh mengambil kuih muih, roti bakar atau sandwich.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment. Have a nice day ;)